đź“Ł Cabutan Bertuah "Loyalty Program" Pas Bulanan Tempat Letak Kereta đź“Ł
Dari Suasa Efektif (M) Sdn Bhd

Penerangan

Berita baik! Peraduan Cabutan Bertuah “Loyalty Program” Pas Bulanan Tempat Letak Kereta dilanjutkan sehingga 31 MAC 2021. Beli Pas Bulanan dan anda berpeluang memenangi telefon pintar sekarang! 📣
Peraduan terbuka kepada semua pengguna pas bulanan tempat letak kereta sedia ada dan baru di lima (5) PBT tersenarai;

  1. Shah Alam (MBSA)
  2. Selayang (MPS)
  3. Kajang (MPKj)
  4. Sepang (MPSp)
  5. Kuala Selangor (MDKS)
Pas bulanan boleh dibeli melalui aplikasi Flexi Parking & Smart Selangor Parking sekarang!
Good luck!✌

TERMA DAN SYARAT PERADUAN

  1. Terbuka kepada semua pengguna pas bulanan tempat letak kereta Suasa Efektif (M) Sdn Bhd sedia ada dan baru di Shah Alam (MBSA), Selayang (MPS), Kajang (MPKJ), Sepang (MPSp) dan Kuala Selangor (MDKS) kecuali Kakitangan Suasa Efketif (M) Sdn Bhd.
  2. Hanya pembeli pas bulanan biasa sahaja yang layak sertai. Pas Penduduk dan Kerajaan adalah tidak layak untuk serta program Program Kesetiaan Pelanggan Pas Bulanan Bersempena Ulangtahun Ke-20 Suasa Efektif (M) Sdn Bhd.
  3. Setiap borang penyertaan yang dikemukakan mesti lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, jawapan yang betul bagi satu (1) kenyataan seperti yang ditunjukkan dalam borang penyertaan.
  4. Tempoh promosi Loyalty Program Pelanggan Pas Bulanan Bersempena Ulangtahun Ke-20 Suasa Efektif (M) Sdn Bhd ini bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Mac 2021 sahaja. Ini bermakna pas bulanan TLK yang dibeli di dalam tempoh tersebut sahaja layak untuk menyertai program ini.
  5. Hanya satu penyertaan bagi setiap pengguna dan setiap kenderaan.
  6. Pembelian pas bulanan mestilah melalui kaunter-kaunter cawangan Suasa Efektif (M) Sdn Bhd, kaunter-kaunter cawangan Majlis Tempatan, Ejen-Ejen pas bulanan dan sistem aplikasi pintar Flexi Parking / Smart Selangor Parking.
  7. Peserta perlu memasukkan borang ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kaunter-kaunter cawangan Suasa Efektif (M) Sdn Bhd dan kaunter-kaunter cawangan Majlis Tempatan atau menyerahkan kepada Ejen-Ejen pas bulanan.
    Untuk penyertaan melalui sistem aplikasi telefon pintar – FlexiParking & Smart Selangor Parking (SSP) adalah secara automatik.
  8. Syarikat mempunyai hak mutlak untuk membatalkan secara automatik borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau rosak serta penyertaan lewat.
  9. Hadiah-hadiah peraduan:-
    Hadiah Pertama : iPhone 12 x 1 Pemenang
    Hadiah Ke-2 : Samsung Note 10 x 1 Pemenang
    Hadiah Ke-3 : iPhone XR x 1 Pemenang
    Hadiah Ke-4 hingga Ke-8 : Oppo Reno 4 / Vivo V20 x 5 Pemenang
  10. Syarikat berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
  11. Semua Hadiah akan disampaikan dalam keadaan "sedia ada" dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
  12. Syarikat tidak menyediakan atau memberikan sebarang aksesori tambahan atau insurans atau talian telco atau apa-apa perkara penambahan kepada hadiah-hadiah yang ditawarkan.
  13. Syarikat berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan.
  14. Keputusan Syarikat dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir dan muktamad. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  15. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Syarikat untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.
  16. Syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah.
  17. Syarikat sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kesilapan percetakan yang tertera pada borang penyertaan yang diedarkan di pasaran.
  18. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Syarikat adalah muktamad dan mengikat.
  19. Syarikat berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.