Apa Itu Program eKupon ?

Hidup Anda Akan Lebih Mudah

Kerajaan Negeri Selangor, melalui syarikat milikan penuh SSDU Innovations Sdn Bhd (SSDU) akan menganjurkan beberapa siri program Penukaran Kupon Parking - Kertas Gores kepada kredit aplikasi Smart Selangor Parking (SSP), untuk membolehkan pengguna memindahkan nilai kupon kertas mereka kepada aplikasi SSP.

Ini berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan bermula 1 April tahun ini, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikehendaki menggunakan sepenuhnya sistem SSP dan memansuhkan sistem kupon kertas.

Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan nilai baki kupon kertas yang masih belum tamat tempoh boleh dipindah nilai ke akaun SSP masing-masing bermula 26 Mac 2022.


Panduan Pintas Program eKupon

Langkah 1

Langkah 1

Kumpulkan Kupon Gores Parkir Anda (Belum Luput).

Langkah 2

Langkah 2

Pergi Ke Lokasi Penukaran Terdekat & Ikuti Prosedur Untuk Tukar Kupon Gores Parkir Ke Kredit Applikasi.

Langkah 3

Langkah 3

Nikmati Pengalaman Pembayaran Parkir Anda Dengan Lancar Setelah Tukar Ke Kredit Applikasi.



Maklumat Terma Dan Syarat & Lokasi Hub Penukaran Kupon
Program eKupon



Maklumat Lanjut
Smart Selangor Parking®App